Pengalaman merasai gempa bumi

4:31 pm

Jumaat,06.05.2015,7.15 pagi.Pagi yang tidak pernah dijangka akan berlaku gempa bumi.Sy yang pada masa itu masih berada di atas katil,berfikir antara menyambung tidur atau bangun kerana pada malam itu sy tidur jam 2.00 pagi.Sudah menjadi kebiasaan sy untuk bangun lambat pada hari cuti sekolah!

Setelah berfikir,sy mengambil keputusan untuk menyambung tidur yang terganggu itu.sy menutup mata,tidur-tidur ayam.Tiba-tiba rasa rumah bergegar(p\s :rumah sy rumah kayu).Pada mulanya gegaran itu hanya perlahan.pada masa itu sy masaih di baring di katil berkata mybe rumah bergoyang disebabkan oleh mesin basuh kot.Sudah menjadi Kebiasan rumah akan bergoyang jika spin kain tidak stabil.

Namun selepas 2 saat atau mungkin lebih,sy merasa gegaran bertambah kuat,zink-zink rumah sudah mula bergoyang dan berbunyi.Tiang-tiang rumah seperti ingin jatuh,Sy berlari keluar bertanya apa terjadi dengan mesin basuh.hahahha.masih set d fikiran itu hanyalah mesin basuh.Mama juga sdh berlari keluar dri bilik tidur sambil berteriak kepada abng bongsu bertanya mengapa rumah bergegar.Keadaan semasa itu memang sangat panik.kami dah sedia nak lari keluar dari rumah.Abg ketika tu berada d tangga rumah hanya memandang zink rumah sambil berfikir mengapa zink rumah bergegar?Dia yg berada di luar rumah tidak merasa gegaran yg kuat.

Selepas gegaran berhenti,kmi kembali ke ruang tamu smbil saling bertanya apa yang terjadi.Apabila keadaan kembali tenang baru terdetik di hati gegaran tadi disebabkan gempa bumi.Sy direct buka facebook dan twitter ingin tahu jika ada post dari rakan-rakan tentang gegaran tersebut.Tidak lama kemudian,seorang friends share maklumat tentang gempa bumi tersebut.

Terdiam seketika takkala mendapat tahu pusat gempa bumi berdekatan gunung kinabalu.Otak terus berfikir keadaan kakak ipar serta anak buah yang tinggal di kawasan kundasang.Bagaimana keadaan mereka?selamat atau tidak.

Apabila mendapat tau berita ada pendaki yang terperangkap di puncak,kmi sekeluarga mengucap syukur sebab abg ke 3 (seorg malim gunung kinabalu) tidak membawa pelancong mendaki gunung pada hari itu.Tidak dapat sy bayangkan jika abg ke 3 sy berada di atas gunung ketika itu.pasti kami akan bertambah panik.Ahli keluarga lain sudah mula call bertanya tentang abg ke 3.

Selepas itu kmi mencuba pula untuk menghubungi sis in law.Namun tidak dapat di hubungi.Hati bertambah risau dengan keselamatan mereka kerana abg ke 3 berada di Kudat atas urusan keluarga.Hanya pada sebelah petang baru mereka dapat di hubungi.Sedikit tenang mendengar mereka selamat namun hati tetap risau kerana gempa bumi tidak berhenti datang.Hampir pula setiap jam ada gempa bumi.

Sehingga hari ini,sabtu,sy diberitahu oleh rakan-rakan gegaran dirasai di KK.Saya balik ke kampung hari ini dan hanya akan balik ke Kota Kinabalu pada esok,ahad.Jadi tdklah merasa gegaran tersebut.Hanya mampu berdoa semuanya selamat.

Buat masa ini,masih tidak tenang memikirkan tentang gempa bumi.Buat rakyat Malaysia,PRAY FOR SABAH! Buat mereka kat Sabah terutamanya yang berada di Ranau,STAY STRONG!

You Might Also Like

0 comments