Berakhirnya

7:48 pm

Hi..This post gonna be in Malay!!

Setelah mengharungi 3 minggu kehidupan yang agak memenatkan akhirnya saya mampu berehat!Ya,peperiksaan untuk tahun ini telah pun berakhir.Ini bermakna saya akan menghadapi cabaran terbesar pada tahun depan yang mana hanya 3 bulan dari sekarang!

PENYESALAN
Ya!Rasa ini tidak pernah pudar bila teringat tentang hari yang lepas!Ingin ku teriak betapa aku menyesal namun saya ingatkan diri bahawa tidak berguna untuk menyesal!Saya menyesal tidak membuat yang terbaik semasa exam!Tak mengapa,Saya ada tahun hadapan lagi untuk berusaha!

SAAT AKHIR
Saya berusaha untuk berubah!Tahun ini saya tanamkan dalam diri tahun ini tahun terakhir saya membuat kerja dalam saat akhir!Tidak akan saya ulang pengalaman dimna rasa bersalah mengiringi diri

TAHUN HADAPAN
2014 bakal berakhir!Saya harus menetapkan azam untuk menghadapi tahun yg baharu!Bagin saya,azam itu penting untuk perancangan untuk sepanjang tahun hadapan.Dalam rasa tidak sabar untuk menghadapi tahun hadapan,terselit rasa takut.Takut untuk menerima hakikat kehidupan saya sebagai pelajar sekolah menengah bakal berakhir!Takut untuk menghadapi kemungkinan saya tidak dapat membuat yang terbaik!Secara amnya,saya mempunyai 10001 ketakutan utk menghadapi tahun hadapan!Saya cuba persiapkan diri tahun depan!Harap berjaya (๑・ิ◡・ิ๑)

CUTI DAN BELAJAR
Saya akan mula bercuti pada 31.10 ini.Namun cuti tidak bermakna saya tidak perlu berbuat apa-apa.Beberapa perancangan telah saya aturkan untuk cuti ini.Semoga berjalan lancar!Buat adik2 yang bakal menduduki peperiksaan PT3,semoga berjaya saya ucapkan.(*^ー゚)b

You Might Also Like

0 comments